NADI X Awareness (KIS) - Taklimat Lindungi Data Peribadi

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026, bermula pukul 3.00 petang, 5 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Awareness (KIS) iaitu Taklimat Lindungi Data Peribadi.

Tujuan Taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi data peribadi. Memberi pengetahuan asas tentang ancaman siber seperti scam, phishing dan kecurian identiti. Ia juga bertujuan membentuk pengguna internet yang lebih bijak, beretika dan selamat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat interaktif iaitu penerangan ringkas dengan contoh kes sebenar seperti scammer dan kebocoran data. Kuiz pantas “real or scam”?, peserta meneka situasi benar atau penipuan. Seterusnya simulasi kes, lakonan/role play bagaimana data boleh dicuri dan cara mengelak. Aktiviti lain seperti Tips 5 saat selamat online, kongsi langkah mudah iaitu password kuat, dan jangan klik link mencurigakan. Akhir sekali ialah aktiviti cabaran digital selamat iaitu peserta mengamalkan 1 langkah keselamatan dan berkongsi pengalaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali